
PRA RAUDHATUL AMAN
Tentang Pra Raudhatul Aman
Kelas prasekolah, Sekolah Kebangsaan Darulaman mula beroperasi pada bulan Januari 2003. Bilik Prasekolah ini telah dirasmikan oleh Encik Harun bin Haji Saad pada hari Khamis bersamaan 16 Januari 2003.
Bilik Prasekolah ini terletak di bangunan blok B, Sekolah Kebangsaan Darulaman. Pada asalnya bilik ini ialah sebuah bilik yang menempatkan kelas bagi tahun 2 Jaya. Bilik ini kemudiannya telah diubahsuai untuk dijadikan bilik prasekolah. Kerja-kerja pengubahsuaian ini telah dimulakan pada bulan November 2002 dan siap pada akhir bulan Disember 2002.
Anak didik sulung kelas ini berjumlah 25 orang iaitu 14 orang lelaki dan 11 orang perempuan. Manakala, guru yang diamanahkan untuk mengendalikan kelas prasekolah ini pula ialah Puan Rosyati binti Yusoff dengan dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Puan Zainab binti Senawi.
Nama Pra Raudhatul Aman yang membawa makna Taman yang Aman atau Taman yang Damai telah menjadi pilihan untuk nama kelas prasekolah ini. Pemilihan nama Pra Raudhatul Aman dicipta dengan harapan anak-anak yang berada di Pra Raudhatul Aman dapat membina ilmu dan harmoni seterusnya melangkah keluar dengan ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat.
Maklamat Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah
Objektif Pendidikan Prasekolah
-
Mempunyai sifat, peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
-
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
-
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
-
Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
-
Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.
-
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
-
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
-
Mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
-
Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.